Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Tiub Pernafasan Sudah Menghilangkan Diri

Kehidupan

Pasangan Tular Bawa Bayi Pakai Tiub Pernafasan Sudah Menghilangkan Diri

Memetik Harian Metro, pasangan yang tular membawa bayi usia 11 bulan yang memakai tiub pernafasan ketika menunggang motosikal dipercayai sudah menghilangkan diri.

Ini berikutan kegagalan pihak media menghubungi pasangan itu selain mematikan talian.

Advertisement

Malah, pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Muhammad Hazamer berkata pihak mereka ada memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun gagal dikesan.

pasangan tularSumber : Google  

Menurutnya lagi, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri dan dijaga jiran berhampiran.

Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

Namun sehingga hari ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan dipercayai sudah menghilangkan diri.

Terdahulu, pasangan itu mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berasa kasihan dengan nasib bayi yang memakai tiub pernafasan ketika dibawa keluar dengan hanya menaiki motosikal.

@beautifulnara

Laa tak kahwin lagi.. #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia

? shik shak shok – cinq-sept

Susulan daripada tularnya kisah mereka, pasangan itu menerima banyak sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa si kecil itu.

Malah, kisah mereka turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pasangan viral
2 weeks ago

Pasangan Tular Naik Motosikal Bersama Bayi Sakit Maklum Ada Rancang Nak Kahwin Pada Minggu Hadapan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...