Sebelum ini, nama pasangan selebriti terkenal dari Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar menjadi bualan hangat orang ramai selepas tular mengenai kes dakwaan keganasan rumah tangga yang berlaku.
Terkini, Lesti dilaporkan menarik semula laporan polis keganasan rumah tangga (KDRT) yang dibuat terhadap suaminya dan sepakat untuk berdamai.
Menurut laporan CNN Indonesia, penyanyi dangdut itu akhirnya membuka mulut dan menjelaskan tindakan menarik semula laporan berkenaan.
Alhamdulillah pada akhirnya saya memutuskan untuk mencabut laporan terhadap suami saya.
Alasannya anak saya. Mau bagaimana pun suami saya bapa kepada anak saya.
Bukan itu sahaja, Rizky turut dikatakan telah membuat permohonan maaf terhadap dirinya dan keluarga kerana melakukan KDRT.
Dia pun alhamdulillah sudah mengakui perbuatannya dan minta maaf pada saya dan keluarga. In shaa Allah kami sekeluarga memaafkan perbuatan suami saya dan tidak akan berulang lagi.
Bagaimanapun, keputusan Lesti memaafkan dan menarik semula laporan polis KDRT terhadap Rizky telah mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Indonesia.
@efand_azka
Rata-rata netizen Indonesia meluahkan rasa kecewa terhadap Lesti kerana mempertahankan suaminya walaupun selepas dipukul dengan teruk dan dicurangi.
Hanya wanita bodoh yang mahu mempertahankan lelaki yang suka KDRT dan suka berselingkuh. Hanya wanita bodoh! – Warganet.
Malah, mereka turut ingin memboikot penyanyi dangdut itu dari keluar mana-mana stesen television kerana bimbang perbuatannya itu menjadi ikutan masyarakat dan seakan menormalisasikan keganasan rumah tangga dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.