Sebuah restoran yang menggunapakai tema ‘layan diri’ menjadi tumpuan warga maya setelah satu video memaparkan konsep pelanggan buat sendiri itu menjadi tular di media sosial.
Dalam video tersebut, seorang individu dilihat mengunjungi restoran tersebut yand tidak mempunyai staf, sebaliknya hanya menyediakan lauk pauk.
Sendiri bungkus, sendiri bayar, sendiri ambil baki
Restoran itu juga tidak mempunyai tempat duduk kerana menggalakan pelanggan ‘take away’ sahaja selain perlu membungkus sendiri makanan, mengira, bayar dan ambil baki sendiri di satu kaunter ‘layan diri’ restoran berkenaan.
Dia buat business macam dia meniaga dekat dalam kolej je weh 🤣
Customer datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira & bayar. Semua bergantung pada kejujuran customer
Aku syak owner dia introvert pic.twitter.com/xG1XY7555T
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) January 8, 2024
Dia buat bisnes macam berniaga dalam kolej. Pelanggan datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira dan bayar. Semua bergantung kepada kejujuran pelanggan.
Berikutan perkongsian tersebut, netizen rata-rata tampil memuji ‘keberanian’ pemilik restoran yang membiarkan sahaja segala transaksi pembelian makanan tanpa pantauan seorang pun pekerja.
Konsep bersedekah
Kata warga maya lagi, mungkin pemilik restoran tersebut ingin bersedekah makanan memandangkan terdapat beberapa pilihan bayaran boleh dibuat pelanggan iaitu harian, mingguan atau bulanan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.