“Segala Keperluan Saya Tanggung” – Syamsul Bagi Nafkah Anak RM6K Sebulan & Bayar Edah RM15K Pada Sarah

Hiburan

“Segala Keperluan Saya Tanggung” – Syamsul Bagi Nafkah Anak RM6K Sebulan & Bayar Edah RM15K Pada Sarah

Kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir selepas mereka telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memaklumkan dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Advertisement

Dalam prosiding tersebut, pengarah berusia 39 tahun itu bersetuju untuk memberikan nafkah sebanyak RM6,000 sebulan untuk anak-anaknya.

Segala keperluan dan perbelanjaan anak-anak akan ditanggung oleh saya.

Difahamkan, amaun tersebut berkuat kuasa bermula Julai ini dan akan perlu dimasukkan sebelum atau pada 3 hari bulan.

Bukan itu sahaja, nafkah edah sebanyak RM15,000 juga akan diberi kepada Sarah untuk tiga bulan dan pembayaran dilakukan secara sekali gus.

sol

Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau itu menganggap perceraian ini sebagai ujian kehidupan mereka.

Kami pun bukan muda lagi, mungkin ini ujian di usia begini, kami perlu kuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sarahsol
2 years ago

(TERKINI) Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...