Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram mengenai sebuah rakaman live memaparkan sekumpulan remaja yang membuat panggilan video bersama.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat tiga orang gadis bersama dua orang rakan lelaki yang membuat panggilan dari lokasi berbeza sambil ditonton oleh 15 pengguna Instagram lain.
Difahamkan, salah seorang remaja perempuan telah mengajak seorang rakan lelakinya untuk ‘couple’ dan menjadi teman lelakinya.
Apa yang mengejutkan apabila seorang lagi remaja perempuan telah bertindak menyelak bajunya dan menayang payudara kepada dua rakan lelaki itu.
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan remaja berkenaan.
Namun, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa bimbang melihat sikap golongan remaja zaman sekarang kerana begitu mudah menggadai maruah mereka di platform digital.
Jaga-jaga bulan 6 tahun depan… mesti ada kes buang bayi – Netizen.
“Semoga dijauhkan dari semua keturunan ku Allah… Aamiin ya Rabbal Alamin,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.