“Jiran Dari Neraka” – Sampah Sarap Dicampak Dari Tingkat Atas, Kereta Wanita Ini Pecah Cermin Belakang

Kehidupan

“Jiran Dari Neraka” – Sampah Sarap Dicampak Dari Tingkat Atas, Kereta Wanita Ini Pecah Cermin Belakang

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati apabila keretanya habis rosak akibat terkena isi sampah yang dibuang oleh penghuni dari tingkat atas sebuah flat.

Dalam hantaran video tersebut, pemilik kereta Proton Preve itu terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM600 bagi membaiki cermin belakang yang pecah selain mencuci kembali keretanya yang dipenuhi sampah sarap.

Advertisement

Difahamkan, ia bukanlah disebabkan perbuatan khianat namun mungkin disebabkan oleh sikap penghuni flat itu sendiri yang tidak bertanggungjawab meskipun sudah disediakan tong sampah besar buat penduduk untuk membuang sampah.

Kata wanita itu, dia berkongsi rakaman video itu kerana mahu menyedarkan orang ramai agar sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri dan ‘common sense’ agar tidak menyusahkan orang lain.

Saya bukan mahu buat kecoh pun, cuma nak sebarkan kesedaran. Kalau jatuh kena kereta boleh baiki. Kalau kena dekat orang?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita itu agar membuat laporan polis terhadap badan pengurusan flat  yang terang-terang tidak menjaga keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

TikTokSumber : TikTok  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengantin menari seperti dalam disko
2 years ago

Tular Video Pengantin ‘Cucuk Langit’ Ketika Majlis Kahwin Siap Ada DJ Kelab, Netizen Tanya - "Kenal Kat Disko Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...