Sedih, Lukisan Dah Dilelong Tetapi Bayaran Masih Belum Diterima

Trending

Sedih, Lukisan Dah Dilelong Tetapi Bayaran Masih Belum Diterima

Isu pelukis tidak dibayar walaupun hasil kerja atau lukisan sudah siap dilukis dan diserahkan bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi bagi kita. Kita pastinya sudah banyak kali mendengar tentang kejadian sebegini rupa yang berlaku.

Ia disebabkan sikap kurang kesedaran dalam diri sesetengah individu tersebut yang menganggap karya seni adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan murah.

Advertisement

Hakikatnya, proses yang perlu dilalui oleh seseorang pelukis itu untuk menyiapkan kerja serta karya lukisannya tidak semudah yang disangka dan memerlukan kos yang tinggi.

5 years ago

Artis Tempatan Hasilkan Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan 4,219 Skru

Ini adalah kerana, proses untuk menyiapkan sesuatu karya lukisan itu perlu dilakukan dengan teliti serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Kos yang tinggi pula disebabkan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dan nilai sentimental sesebuah lukisan itu.

Lukisan sudah dilelong mencecah RM150K tetapi pelukis ini masih belum menerima satu sen pun sehingga hari ini

Tular semula baru-baru ini di Facebook, sebuah perkongsian daripada seorang pelukis terkenal bernama Raja Mohamed Nizam yang menceritakan tentang kronologi dirinya ditipu untuk menyiapkan sebuah lukisan yang sudah dilelong dan mencecah angka ribu tetapi masih belum menerima bayarannya.

Perkongsian Facebook tentang pelukis ditipu siapkan lukisan tetapi masih belum terima bayaran

Perkongsian Raja Mohamed Nizam tersebut – Sumber Facebook

Dalam perkongsian tersebut, Raja Mohamed Nizam menceritakan yang beliau telah dihubungi oleh seorang individu berpangkat Datuk pada tarikh 8 Jun 2019 yang berhasrat untuk menghadiahkan Tun Dr. Mahathir sebuah potret dan mahu ia disiapkan dalam tempoh 4 hari.

Sampai hari yang telah dijanjikan iaitu pada 12 Jun 2019, beliau pergi ke Setia Alam Convention City (SACC) untuk menghantar lukisan tersebut dan beliau telah diminta untuk berjumpa dengan seorang individu lain untuk serahan segala dokumen penghantara serta bil yang akan diselesaikan kemudian di sana.

Perkongsian Facebook tentang pelukis ditipu siapkan lukisan tetapi masih belum terima bayaran

Gambar Raja Mohamed Nizam ketika menyiapkan lukisan tersebut – Sumber Facebook

Ketika itu barulah beliau tahu yang lukisannya itu akan dilelong. Beliau telah menerima pesanan mesej daripada Datuk berkenaan yang menyatakan lukisan beliau telah dilelong dengan harga yang amat baik tanpa diberitahu berapa jumlah sebenarnya pada hari yang sama selepas waktu Isyak.

Selang dua hari kemudian iaitu pada 14 Jun 2019, beliau kembali ke SACC untuk mengambil kekudanya dan ketika itu baru beliau mengetahui yang lukisannya sudah dibeli seorang jutawan dengan harga lelongan berjumlah RM150,000.

Perkongsian Facebook tentang pelukis ditipu siapkan lukisan tetapi masih belum terima bayaran

Lukisan Raja Mohamed Nizam yang telah siap – Sumber Facebook

Namun malangnya, dari tarikh perkongsian tersebut beliau kongsikan iaitu pada 11 Mac 2020 sehingga ke hari ini, beliau masih belum menerima satu sen pun daripada Datuk berkenaan seperti yang telah dijanjikan.

Sedih bila kita dengar kisah yang beliau kongsikan mengenai kejadian yang menimpa beliau itu. Usaha beliau untuk menyiapkan lukisan tersebut seperti sia-sia dan langsung tidak dihargai.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...