Artis Tempatan Hasilkan Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan 4,219 Skru

Trending

Artis Tempatan Hasilkan Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan 4,219 Skru

Kita biasa melihat lukisan potret yang dihasilkan menggunakan pensil, pen, berus ataupun cat. Setiap pelukis akan melakar lukisan mereka mengikut kreativiti dan kebolehan masing-masing.

Namun, ianya merupakan satu kelainan dan perkara baru apabila potret ‘dilukis’ menggunakan kaedah skru dan screw driver elektrik.

Seorang artis tempatan Choong Chee Leong telah menghasilkan potret menggunakan dua alat tukangan ini ketika ‘melukis’ potret wajah ikon kesayangan rakyat Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham Abdullah ketika duduk di rumah ketika tempoh PKP ini.

Advertisement

Choong Chee Leong merupakan seorang artis berusia 33 tahun yang dilahirkan di Kampar, Perak tetapi kini berpusat di Kuala Lumpur sejak 10 tahun yang lalu. Beliau menjalankan perniagaan kraf kecil bernama Aghuu Handcraft.

Choong mendedahkan keseluruhan masa yang diambil untuk proses menghasilkan potret tersebut adalah selama dua minggu dengan menggunakan sejumlah 4,219 skru.

Setiap satu skru perlu tepat. Bagaimanapun sedikit kemasan perlu dilakukan secara manual di bahagian hujung gambar bagi menampakkan ciri-ciri susuk wajah Dr. Noor Hisham. Jika tidak, ia akan kelihatan seperti wajah orang lain.

Bagaimanapun, menurutnya hasil yang tidak memuaskan atau tidak menyerupai individu yang ingin dilukis adalah antara perkara yang terpaksa ditempuhi apabila menghasilkan seni dengan menggunakan skru.

Dia memuat naik video penghasilan potret itu Jumaat lalu, yang kini sudah pun mendapat lebih 46,0000 tontonan di laman Facebooknya.

Choong sebelum ini mendapat perhatian apabila turut menghasilkan potret wira badminton negara Dato’ Lee Chong Wei bersempena dengan pengumuman persaraan pemenang pingat perak Olimpik itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...