“Sedih Dengar Kisah Hidupnya” – Ebit Lew Hadiahkan Lelaki Kereta, Sebak Tengok Tarik Anak-Anak Dalam Hujan

Kehidupan

“Sedih Dengar Kisah Hidupnya” –  Ebit Lew Hadiahkan Lelaki Kereta, Sebak Tengok Tarik Anak-Anak Dalam Hujan

Pendakwah terkenal Ebit Lew baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta kepada seorang lelaki.

Dalam perkongsian Ebit Lew di Facebook, difahamkan kereta itu dihadiahkan bagi meringankan beban lelaki tersebut untuk bergerak dan menguruskan anak-anak.

Advertisement

Ebit turut menceritakan bahawa lelaki itu seorang warga United Kingdom (UK) dan isterinya yang berbangsa Cina telah pun meninggal dunia dua tahun lepas akibat kanser.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu lelaki berkenaan mempunyai tiga orang anak dan bekerja sebagai penjaga rumah hantu di Aeon Kuching.

Rupanya brother ni dari UK. Isterinya Chinese sarawak meninggal dunia tahun lepas kerana kanser. Gigihnya ayah ni cari rezeki menjaga rumah hantu di Aeon Kuching. Mendiang isterinya seorang pensyarah.”

Pada akhir coretannya, Ebit menerangkan lelaki berikut tidak berhenti mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu.

Tak berhenti dia kata terima kasih dan muka bersalah menerima pemberian hadiah dan lain-lain. Rezeki anak-anaknya kata saya.”

Menjengah ke ruangan komen Facebook, rata-rata warganet menunjukkan tanda sokongan serta mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan Ebit Lew.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Jawapan Tiada Bukti' - Peguam Ebit Lew Bantah Jawapan Saksi, Tak Boleh Terima Alasan Pengadu Takut Buat Laporan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...