“Jawapan Tiada Bukti’ – Peguam Ebit Lew Bantah Jawapan Saksi, Tak Boleh Terima Alasan Pengadu Takut Buat Laporan

Berita

“Jawapan Tiada Bukti’ – Peguam Ebit Lew Bantah Jawapan Saksi, Tak Boleh Terima Alasan Pengadu Takut Buat Laporan

Ketika hari pertama perbicaraan kes melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, saksi pertama pendakwaan memberitahu pihaknya sudah beberapa kali menerima laporan berkaitan dengan kes gangguan seksual.

Difahamkan dari kenyataan saksi iaitu Mohd Fairuz Abu, sebelum ini dirinya telah terima berpuluh mesej di WhatsApp susulan individu mengadu menjadi mangsa gangguan seksual.

Advertisement

Setelah dia membuat posting di Facebook, si pengadu bertanya identiti siapakah yang disebut oleh Fairuz di dalam hantarannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Apabila dia menyebut ia berkaitan dengan Ebit Lew, baru pengadu berkongsikan tangkap layar perbuatan pendakwah tersebut dan ada menampakkan gambar kemaluan Ebit Lew yang dihantar sendiri oleh tuan empunya badan.

Dalam pada itu, Fairuz juga memberitahu ‘mangsa’ takut untuk membuat laporan polis kerana merasakan dirinya seorang yang tiada nama dan ‘kecil’.

Fairuz berkata sedemikian semasa menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Bagaimanapun, jawapan yang diberi oleh saksi itu telah dibantah peguam Ram Singh yang mewakil tertuduh kerana berpendapat jawapan ‘bayangkan berapa ramai lagi yang diganggu oleh Ebit Lew’ bersifat tuduhan yang tidak punya bukti.

Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis.

Susulan itu, Zahida telah membalas bahtahan Ram Singh dengan menyatakan kata-kata saksi itu adalah perbualan di antara dia bersama pengadu.

Fairuz turut sempat memberitahu bahawa laporan polis akhirnya dibuat oleh pengadu dan dia sendiri akan dipanggil untuk beri keterangan lanjut.

Ebit Lew bakal dibicara September depan
3 bulan lalu

11 Tuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicarakan 27 September Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...