Pelakon, Datuk Aaron Aziz ketika ditanya tentang penyelesaian konflik yang berlaku di antaranya dan pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof berkata,
Minta maaf dekat mak bapak dulu.”
Itu respon pelakon berusia 47 tahun berkenaan selain turut berkata dia tidak mahu mengulas lebih lanjut untuk menghormati permintaan isterinya, Datin Diyana Halik.
Dalam pada itu, Aaron juga meminta agar semua pihak tidak membangkitkan atau menyebut lagi tentang isu antaranya dengan Syamsul sama ada di media cetak, media sosial atau elektronik.
Aaron juga turut menafikan bahawa apa yang berlaku di antara mereka adalah marketing yang digunakan bagi mempromosikan filem terbabit seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sementara itu, segelintir netizen memberikan respon mereka di ruangan komen video tersebut dan ada yang berpendapat Aaron tidak perlu masuk campur urusan Syamsul dan keluarga.
Beberapa netizen pula berkata Aaron dan Syamsul seperti kebudak-budakan kerana tidak menyelesaikan persengketaan dengan cara yang matang.