Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sedar Membuat Kesilapan, Blogger Mohon Maaf Pada Sheila Sekeluarga

Sheila Rusly

Menyedari kesilapan yang dilakukan, blogger Kaki Komen yang menyebarkan artikel berbaur fitnah mengenai keluarga pelakon dan penerbit, Shiela Rusly tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya, semalam.

Advertisement

Dalam hantaran itu, pihaknya memohon maaf secara terbuka susulan kapsyen yang berbaur fitnah terhadap keluarga Shiela dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya Sandha dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kaki Komen (@kaki_komen_)

Selain permohonan maaf, pengendali Instagram itu turut menitipkan pesanan buat rakan blogger yang lain agar sentiasa berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang berita.

Advertisement

Apabila ditanya oleh pihak Harian Metro sama ada ingin meneruskan tindakan menyaman blogger tersebut atau tidak, jawab pelakon drama Penjara Janji itu, dia masih mempunyai sifat bertolak ansur.

Terdahulu, blogger terbabit telah mencetuskan kemarahan pelakon tersebut selepas memuat naik sebuah kenyataan kononnya Shiela pernah memberi ‘cadangan’ pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri buat anaknya, Uzair Haqimy namun ditolak Janna sebelum anaknya itu memilih Elisya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    August 27, 2021 at 6:43 am

    Memanglah manusia dilahirkan tanpa agama… apo la. Ko ingat yg lahir islam ni mmg dia minta lahir sbg islam ke? Yg lahir sbg buddha tu nak ke jadi buddha.

    Lahir tu kosong. Mak ayah la membentuk nak jadi apa. Tapi sampai usia matang, blh guna akal fikiran yg waras, jatuh wajib mencari jalan kebenaran yg sebenar. Tak kiralah dlm IC kau tulis agama apa pun. Tu JPN yg bagi.

  2. Anonymous

    August 25, 2021 at 9:47 am

    Memang la salah.. shiela kenenkan janna dgn anak dia yg lg sorang tu, bukan yg hak elisya sandha ni hahaha apo la..fakta biar la betoll

  3. anonymous

    August 25, 2021 at 9:28 am

    POYO

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top