Sedar Anak Sering Dihimpit Kontroversi, Ibu Janna Nick Tak Buka Media Sosial, Bimbang Hati Tergores

Hiburan

Sedar Anak Sering Dihimpit Kontroversi, Ibu Janna Nick Tak Buka Media Sosial, Bimbang Hati Tergores

Kejayaan merangkul anugerah Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu telah membuat keluarga Janna Nick berasa bangga terhadap dirinya.

Perjalanan 10 tahun dalam industri seni dilalui oleh Janna Nick yang dilihat sendiri oleh ibunya bernama Shahzani atau lebih mesra dipanggil Mama Scha berkata aktres itu merupakan seorang yang bertanggungjawab serta mengutamakan keluarga.

Advertisement

Sedar tentang kontroversi yang sering dihadapi oleh anak keduanya, Mama Scha mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya bakal tergores dengan komen-komen jahat ditulis oleh netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Saya memang tak boleh tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!

Mama Scha yang kini berusia 28 tahun itu meluah perasaannya itu di dalam sebuah video berdurasi 10 minit yang dikongsikan oleh Janna di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa.

Janna Nick dan keluargaSumber : Google 

Sekadar info, pada malam ABPBH34, Janna telah merangkul anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular selepas menerima lebih 86 juta undian daripada peminatnya.

2 years ago

Undi 86 Juta Jadi Tanda Tanya, Netizen Tak Puas Hati Janna Nick Menang ABPBH34

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...