Undi 86 Juta Jadi Tanda Tanya, Netizen Tak Puas Hati Janna Nick Menang ABPBH34

Hiburan

Undi 86 Juta Jadi Tanda Tanya, Netizen Tak Puas Hati Janna Nick Menang ABPBH34

Dalam kegembiraan merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34), kemenangan Janna Nick seolah-olah tidak diiktiraf netizen apabila ada yang mempersoalkan mana datangnya bilangan 86 juta undian yang diperoleh pelakon itu.

Janna Nick dan dini
2 minggu lalu

Dah Macam Kim Kardashian Dan Squid Game, Fesyen Janna Dan Dini Jadi Tumpuan Peminat

Advertisement

Persoalan tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial Twitter di mana ada yang melahirkan rasa kurang senang dengan angka 86,374,777 undi yang diterima Janna.

Bukan sahaja netizen, tetapi Janna sendiri juga menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan luar biasa itu.

Advertisement

Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ini, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astagfirullahalazim. Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot.

Janna yang juga merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular menganggap kejayaannya itu juga hasil daripada kerja keras kelab peminatnya yang dikenali sebagai Janna Nicker.

Terdahulu, media sosial terutamanya Twitter kecoh seketika apabila ada di antara pengguna aplikasi tersebut hairan bagaimana Janna boleh meraih undi sebanyak itu meskipun penduduk Malaysia hanya mempunyai penduduk seramai 32 juta orang selain beberapa siri kontroversi sebelum ini.

Komen twitterSumber : Twitter 

Dalam pada itu, Janna berkata kejayaannya itu akan menjadi pemangkin serta pembakar semangat untuk dirinya terus berjuang dalam bidang seni.

“Saya nak buang Janna Nick yang dulu, yang selalu terpalit dengan kontroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya.” jelas Janna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    November 15, 2021 at 9:35 am

    X yah nk terkejut sangat la. Dah mmg satu industri pun tahu sape nk menang beli la undian tu banyak2. Sape yg ade duit lebih & sanggup keluarkan duit, ape salahnye melabur utk menang. Duit die lantak die lah. Ye lah kalo ko nk tunggu menang sbb bakat kau mmg ko tunggu sampai tue pun ko mmg x kn dapat. Ye lah, pengcaraan mmg ke laut dalam lah, muke pun biase2, lakonan pun biase2. So x de ape pun yg boleh dibanggakn. So since ko ade duit why not bayar dekat kelab peminat minta tolong beli undi cam mawar rashid, emma maembong n hanisha honey buat hr tu. Ingat lagi time tu gigih mak hanisha honey beli undian nk make sure ank die menang. dah ratus ribu kluarkan modal beli undi, gigih plak g cari baju yg kononnya futuristik tp rupe2 beli baju yg x dah siap yg x laku sbb murah sikit dr nk suruh RR bua baru. Lpstu claim baju tu futuristik pdahal dah out to date. Tp ye la faham x ckop duit. Hahhahaha. Skrg ntah kat mane ank die tu. Jgn cakap duk telanjang kat club plak. Bende piere ade bgtau dah pun dan semue artis dah tahu. So terpulang la masing2 sanggup laburkan duit ke tak. Berbaloi ke tak. Tp kalau tengok yg otai2 yg mmg hebat lakonan & bermutu kerjenye cam zul arifin, shukri yahya, redza rosli, depa ni semue jauh lebih popular & jauh lebih banyak berlakon dr yg menang & tercalon tp depa semue x hadap semue anugerah bodoh yg undi diri sendiri camni. Yg penting kualiti kerja dan karya tu. Yg menag2 ni semue yg baru nk up yg kebanyakannya undi diri sendiri. X gitu jana. Kalau x x denye beriya nk pakai menghelip 1 badan, mmg dh prepare dh sbb tahu x kn ade artis yg sanggup bazirkn duit smpay beli 86juta undian.

    Jgn salahkan artis, nak beli undi ke x nak hak masing2
    Tp salahkn abpbh yg buat undian yg camni sbb nk cari duit. Rindu abpbh yg dulu2, sngt secure, nk undi kne bagi ic semue, seorang 1 undian je. Kalau yg skrg ni, kalau sorang beli 20 undian, kire 20 orang la. Dah KALAU half dr 86 juta tu die beli means die x de la popular pun n x de la peminat bnyk sngt pon tp yg lebih tepat ialah “ anugerah bintang paling banyak beli undi pada tahun ini jatuh kepada JANNA NICK”

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...