Kejayaan merangkul anugerah Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu telah membuat keluarga Janna Nick berasa bangga terhadap dirinya.
Perjalanan 10 tahun dalam industri seni dilalui oleh Janna Nick yang dilihat sendiri oleh ibunya bernama Shahzani atau lebih mesra dipanggil Mama Scha berkata aktres itu merupakan seorang yang bertanggungjawab serta mengutamakan keluarga.
Sedar tentang kontroversi yang sering dihadapi oleh anak keduanya, Mama Scha mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya bakal tergores dengan komen-komen jahat ditulis oleh netizen.
View this post on Instagram
Saya memang tak boleh tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!
Mama Scha yang kini berusia 28 tahun itu meluah perasaannya itu di dalam sebuah video berdurasi 10 minit yang dikongsikan oleh Janna di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa.
Sekadar info, pada malam ABPBH34, Janna telah merangkul anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular selepas menerima lebih 86 juta undian daripada peminatnya.