Sejak hari pertama Ramadan kita nampak di media sosial ramai yang merungut dan mengkritik peniaga bazar kerana meletakkan harga yang mahal terhadap makanan yang dijual.
Lebih teruk lagi, terdapat juga kes di mana peniaga tidak jujur dan tergamak menipu pembeli dengan menjual makanan yang tidak sempurna daripada segi tekstur.
Nasi lemak RM1
Jadi, sudah tentulah orang menyokong peniaga yang bukan sahaja jujur tetapi juga menjual makanan dengan harga yang berpatutan.
Baru-baru ini, tular video seorang pelancong asing yang berkunjung ke bazar dan terkejut apabila dia menjumpai gerai menjual nasi lemak dengan harga RM1.
Berdasarkan video itu, boleh dilihat nasi lemak RM1 tersebut berisi telur rebus bersaiz kecil, ikan bilis dan sambal.
Difahamkan, gerai tersebut terletak di Bazar Ramadan Prangin Mall, Georgetown dan melalui video itu boleh dilihat ia mendapat sambutan ramai pengunjung.
Patut ditularkan
Menerusi ruangan komen, ramai yang gembira dan memuji tindakan peniaga itu menjual nasi lemak berharga RM1 di bazar Ramadan.
Sesetengah netizen berpendapat peniaga yang jujur dan menjual dengan harga murah sebegitu memang layak untuk ditularkan.
Makanan sedap, lepastu murah pulak tu, wajib diberi exposure and promote dan tak boleh boikot. Sebarkan! https://t.co/PqECBZVNUe
— brgsjks (@brgsjks) March 17, 2024