Rasanya semua pernah alami masalah ‘terlupa’ atas banyak sebab, sama ada tidak fokus dalam sesuatu benda atau terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran.
Hal yang paling tidak disangka-sangka terjadi kepada seorang isteri apabila dirinya ‘ditinggalkan’ oleh suami dan anaknya selepas selesai menuang minyak untuk motor mereka.
Dilihat dalam sebuah rakaman CCTV di stesen minyak berkenaan yang dikongsikan oleh seorang pengguna akaun TikTok @miszzue, seorang lelaki bersama anak yang sedang menunggang motosikal pergi ‘meninggalkan’ seorang wanita bertopi keledar di stesen minyak.
Difahamkan, hasil perkongsian video yang telah dikongsikan itu telah meraih lebih 8000 tanda suka daripada pengguna TikTok dan sebanyak 200,000 lebih tontonan dari warganet.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa terhibur melihat kejadian yang berlaku ke atas isteri yang ‘ditinggalkan’ itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang lebih kurang sama dengan apa yang telah terjadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.