Sedang Mencari Pengganti, DSV Yakin Iqbal Tak Dapat Cari Sebaik Dirinya

Hiburan

Sedang Mencari Pengganti, DSV Yakin Iqbal Tak Dapat Cari Sebaik Dirinya

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, topik yang hangat diperkatakan oleh pengguna media sosial adalah berkenaan dengan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli membawa diri ke negara Indonesia dan mungkin akan menetap disana.

Dalam pada itu, usahawan yang kini bergelar penyanyi itu juga berharap agar dapat kebahagian yang di cari di negara jiran itu dan bertemu seseorang yang dapat menyembuhkan luka di hati.

Advertisement

Bagaimanapun, bekas kekasihnya iaitu usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan jejaka itu untuk mencari pengganti yang lebih baik dari dirinya.

Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Tidak sekali-kali!

Selain itu, usahawan jutawan itu berkata beliau kini tidak mahu berhubung lagi dengan Iqbal selepas bekas pembantu peribadinya itu memutuskan hubungan mereka.

 

Terdahulu, Iqbal berkata dia kini sedang cuba untuk mendekati serta mengenali penyanyi tersohor Indonesia, Rossa dengan lebih mendalam dan memberitahu Rossa seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising.

Iqbal dan Rossa
2 years ago

Bawa Diri Ke Indonesia Atas Sebab Mencari Ketenangan, Rossa Individu Pertama Ditemui Iqbal Zulkefli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : rotikaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...