Pelakon jelita, Puteri Aishah ada mengumumkan bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujangnya, tidak lama sahaja lagi.
Pelakon filem Pulang ini juga ada memuat naik foto ‘pre-wedding’ di media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Menerusi sebuah laporan media, Puteri mengakui foto-foto tersebut merupakan salah satu persiapan bagi menghadapi hari bahagianya namun tidak mahu terlalu berkongsi dengan lebih lanjut tentang siapakah jejaka yang telah bertakhta di hatinya itu.
Terbaru, Puteri Aishah ada memuat naik sekali lagi foto ‘pre-wedding’ namun dengan konsep yang lebih santai bersama bakal suami.
Menerusi beberapa hantaran foto tersebut, Puteri Aishah menulis kapsyen ringkas di mana dia dan bakal suami bukanlah seorang yang sempurna namun akan berusaha untuk melengkapkan diantara satu sama lain.
Tampil sedondon dengan busana ringkas berwarna putih, Puteri dan bakal suami kelihatan secocok dan cantik bagai pinang dibelah dua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan berharap agar majlis perkahwinan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Terdahulu, Puteri Aishah memaklumkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan bersama lelaki pilihan yang juga seorang usahawan berusia 28 tahun pada bulan ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.