Sedia maklum, filem Indonesia Norma: Antara Mertua Dan Menantu kini sedang menjadi bualan ramai selepas ia disiarkan di Netflix.
Filem tersebut mendapat sambutan susulan ia berdasarkan kisah sebenar yang berlaku di Indonesia, di mana ibu mentua dan menantu melakukan hubungan sulit bersama.
Selamba buat babak ranjang
Biarpun filem tersebut mendapat sambutan hangat, tetapi terdapat beberapa netizen yang berasa kurang senang dengan beberapa babak di dalam filem itu kerana dianggap melampau.
Lagi yang membuatkan mereka berasa kurang senang kerana kebanyakan pelakon yang membintangi filem tersebut beragama Islam tetapi langsung tidak mempunyai rasa malu atau jaga batasan melakukan babak ranjang.
Filem Indonesia kini sudah normalisasikan adegan ‘bersama’
Kebanyakannya netizen bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan mereka berpendapat filem di Indonesia sekarang ini memang sudah menormalisasikan babak ranjang dalam filem biarpun pelakon beragama Islam.