Kisah Adik Sendiri Selingkuh Dengan Suami Di Aplikasi Fake Calculator, Diterjemah Dalam Filem ‘Ipar Adalah Maut’ – “Saya Masih Menjaganya Sebab Amanah”

Filem

Kisah Adik Sendiri Selingkuh Dengan Suami Di Aplikasi Fake Calculator, Diterjemah Dalam Filem ‘Ipar Adalah Maut’ – “Saya Masih Menjaganya Sebab Amanah”

Filem Ipar Adalah Maut menjadi sorotan netizen di media sosial bukan sahaja kerana dibintangi barisan pelakon yang hebat, tetapi juga plot cerita yang didakwa adalah berdasarkan kisah benar.

Filem Ipar Adalah Maut ‘viral’

Secara ringkas, filem Ipar Adalah Maut arahan Hanung Bramantyo ini mengisahkan tentang hidup seorang wanita bergelar isteri yang menderita apabila adiknya sendiri menjalinkan hubungan sulit bersama suami di rumah mereka.

Advertisement

Poster filem Ipar adalah Maut

Watak Rani, adik kepada Nisa mula mengambil tempat apabila dia diarahkan ibu mereka untuk tinggal bersama-sama kerana bimbang akan pergaulan bebas jika tinggal di kolej.

Plot berdasarkan kisah benar

Nisa yang sudah mempunyai suami bernama Aris terus sahaja bersetuju kerana Rani adalah adiknya sendiri dan merasakan tidak perlu bimbang atau khuatir akan hal itu.

Personaliti Rani yang ceria membuatkan orang cepat mesra dengannya termasuklah abang iparnya sendiri.

Nisa mula merasa tidak tenteram apabila adiknya itu dengan ‘selamba’ memakai baju kelawar tanpa mengenakan baju dalam selain tidak menjaga batas sebagai ipar ketika Aris di rumah.

Namun Nisa hanya berpransangka baik sebelum semuanya terlambat. Aris kemudiannya mula berubah sikap dan menjadi dingin selain selalu menolak ajakan untuk bersama.

Nisa kemudian meluahkan keluh kesahnya itu kepada rakannya, Manda. Rakannya memberitahu Nisa mengenai satu aplikasi ‘Fake Calculator’ di mana pengguna boleh menyimpan chat, gambar ataupun video di sebalik akaun ‘kalkulator palsu’.

Adik tetap tidak insaf malah dijaga kakak setelah kematian ibu

Lebih menyedihkan, Rani pernah hamil hasil hubungan intim dengan Aris namun digugurkan. Malah, Rani juga tetap berselingkuh dengan suami Nisa meskipun sudhah berkahwin dengan Yusof.

Setelah ‘kantoi’ Rani menyalahkan kakaknya itu kerana tidak pandai menjada suami dan tetap tidak insaf.

Hinggalah di saat ibu mereka sedang nazak, kedua-duanya sanggup melakukan hubungan intim di dalam bilik sebelum diketahui Nisa.

Walaupun dikhianati, Nisa tetap menjaga Rani kerana dia sedar ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap dirinya setelah kematian ibu mereka.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uniform atlet olimpik malaysia 2024
4 weeks ago

"Baju Sukan Sekolah Mana Ni?" - Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia, Didakwa Rekaan Hanya 'Ala Kadar'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...