Baru-baru ini viral di media sosial Facebook, satu hantaran oleh Persatuan Haiwan Malaysia yang memaparkan tangkap layar penjualan daging anak anjing goreng yang diusahakan oleh seorang peniaga.
Menerusi hantaran tersebut, peniaga dikenali sebagai Jamal Hassan itu telah menjual daging anak anjing yang siap digoreng dengan harga RM22.00 sebungkus.
Menurut persatuan itu, pihak berkuasa haiwan di Sarawak sepatutnya menyiasat peniaga berkenaan berhubung jualan daging anak anjing goreng tersebut.
Jelasnya lagi, penjualan daging haiwan bukan bertujuan makanan atau tidak sesuai sebagai sumber bahan makanan wajar disekat untuk mengelakkan masalah penyakit zoonotik atau penyakit berjangkit lain akibat bawaan kuman atau virus.
Sejarah membukti pelbagai penyakit berjangkit wujud akibat pemakanan daging haiwan yang tidak sesuai dimakan manusia mahu pun larangan dimakan dalam agama.
Dalam pada itu, persatuan itu turut meminta orang ramai untuk melaporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.