(VIDEO) Pandu Salah ‘Lane’ Sampai Terlanggar Penunggang Motosikal, Pemandu Myvi Cedera Dihempuk Dengan Helmet

Kehidupan

(VIDEO) Pandu Salah ‘Lane’ Sampai Terlanggar Penunggang Motosikal, Pemandu Myvi Cedera Dihempuk Dengan Helmet

Tular di Facebook satu video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tentang pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu Perodua Myvi.

Dalam video tersebut, pemandu Perodua Myvi itu dikatakan menggunakan laluan yang salah sehingga melanggar motosikal milik lelaki berkenaan.

Advertisement

Sebaik sahaja pemandu itu meletakkan kereta, penunggang motosikal terus menuju ke arah kenderaan terbabit sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan menyuruh pemandu keluar dari kereta.

Namun, sejurus pemandu itu keluar, lelaki tersebut memaki hamun dan menghayunkan helmetnya kepada pemandu itu sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata kiri.

Rakaman berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi warganet dan ada yang berpendapat tindakan penunggang motosikal itu tidak boleh diterima kerana perkara boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber : facebook 

Namun sehingga kini, belum ada siasatan terperinci yang dijalankan oleh pihak berkuasa berkaitan kejadian berkenaan.

pukul
2 years ago

(VIDEO) "Samseng Betul" - Ditegur Halang Laluan, Pemandu 'Naik Angin' Pukul Penunggang Motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...