Sebar ‘Content’ Seram Dan Unsur Mistik, Pengurusan Amber Court Bakal Ambil Tindakan

Berita

Sebar ‘Content’ Seram Dan Unsur Mistik, Pengurusan Amber Court Bakal Ambil Tindakan

Lapor Oriental Daily, jawatankuasa dan badan pengurusan Amber Court, Genting Highlands menyelar tindakan sesetengah ‘content creator‘ dan YouTuber yang sering menyebarkan maklumat tidak berasas mengenai bangunan tersebut yang didakwa mempunyai unsur mistik dan dihuni makhluk halus.

Malah, pihak pengurusan turut mengecam tindakan individu ini yang meletakkan bunyi seram dan mengupah pelakon bagi menunjukkan bangunan tersebut benar-benar berhantu.

Advertisement
pengurusan Amber CourtSumber : Oriental Daily  

Manakala Agensi Pengurusan Pavilion Genting Caiyun memaklumkan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan nilai hartanah bangunan tersebut merudum berikutan kisah-kisah misteri yang tidak wujud itu.

Menurut mereka lagi, ramai YouTuber dan ‘content creator’ telah memasuki bangunan itu secara haram ketika ia dalam proses pengubahsuaian bagi tujuan penggambaran.

Amber CourtSumber : Google  

Kami memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba terus memfitnah dan merosakkan pangsapuri. Selain menghubungi polis, pemilik juga akan memulakan prosiding undang-undang..

..terhadap semua yang cuba untuk merosakkan reputasi dan imej pangsapuri, termasuk selebriti internet, YouTuber, ahli Feng Shui, Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan lain-lain.

Difahamkan bangunan kompleks kediaman itu kini dalam proses pengubahsuaian seperti menaiktaraf sistem keselamatan pangsapuri, penambahan CCTV seumpanya bagi menghidupkan semula pangsapuri itu dengan wajah yang baharu.

wanita orang asli marah peneroka
2 years ago

(VIDEO)"Tak Cukup Makan Lagi Ke Kat Bandar?"- Rakus Tarah Hasil Bumi, Wanita Orang Asli Ini Sindir Peneroka Tanah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...