Penyanyi Tajul mengakui dia berasa sebak apabila merakamkan semula lagu milik arwah abangnya, Achik Spin iaitu lagu Malam Semakin Dingin.
Difahamkan Tajul turut akan berduet bersama penyanyi Afieq Shazwan untuk menyanyikan lagu tersebut.
View this post on Instagram
Ujar Tajul, pada mulanya dia berat hati apabila dipanggil syarikat rakaman untuk menyanyikan semula lagu tersebut namun apabila diberitahu akan diduetkan bersama Afieq, dia akhirnya bersetuju.
Lagu ini memang dah selalu saya nyanyikan dekat karaoke, saya akui memang mencabar juga untuk nyanyikan lagu ini sebab agak tinggi. Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan lagu ini. Sewaktu merakamkan lagu ni, jujur saya kata ada timbul rasa sebak dalam hati dan rindu dekat Achik.
Akuinya lagi, ada terselit perasaan rindu ketika merakamkan semula lagu arwah Achik meskipun pada hayatnya mereka berdua tidak terlalu rapat berikutan Allahyarham sibuk dengan kerjaya seninya pada ketika itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Tajul memohon agar peminat tidak membanding-bandingkan vokal mereka berdua kerana pastinya cara nyanyian dan kemampuan vokal adalah berbeza.
Lagu Malam Semakin Dingin nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan telah boleh didengari di semua platform digital mulai 16 September yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.