Kepala Terkehel Ditarik Isteri, Tajul Timang Cahaya Mata Kedua Anak Lelaki

Hiburan

Kepala Terkehel Ditarik Isteri, Tajul Timang Cahaya Mata Kedua Anak Lelaki

Penyanyi Tajul berkongsikan sebuah berita gembira apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie dilaporkan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada petang Khamis lalu bertempat di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Norr Md. Shari memberitahu bahawa anak keduanya iaitu bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara normal, seberat tiga kilogram.

Advertisement

Menzahirkan perasaan syukur kerana isteri dan anak dalam keadaan selamat dan sihat, Tajul turut berkongsi sedikit pengalaman menemani isteri ketika di dewan bersalin.

Kata Tajul, kepalanya turut terkehel kerana ditarik isteri ketika sedang bertarung nyawa melahirkan cahaya mata mereka berdua.

“Berat anak 3kg, baby boy..sepasang dah dapat. Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat.” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran Instagram yang dimuat naik untuk perkongsian bersama peminat.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah di atas kelahiran si kecil tersebut.

Terdahulu, Tajul telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Nurul Shamieza pada 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...