“Sebab Tu Kena Memilih Sebelum Kahwin!” – Suami Sengaja Tak Bagi Makan, Nak Didik Isteri Hidup Susah

Kehidupan

“Sebab Tu Kena Memilih Sebelum Kahwin!” – Suami Sengaja Tak Bagi Makan, Nak Didik Isteri Hidup Susah

Apabila kita sudah mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri wajib memahami serta menjalankan tanggungjawab masing-masing dan sama sekali tidak boleh mengendahkannya.

Akan tetapi, seorang wanita telah berkongsikan kisahnya dia halaman Facebook mengenai ‘perangai’ suaminya, lalu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Twitter yang merasakan perkara yang dilakukan sama sekali salah.

Advertisement

Melalui ‘screenshot’ perkongsiaan wanita itu, dia memberitahu suaminya seakan-akan lupa tentang tanggunjawabnya sebagai ketua keluarga kerana langsung tiada rasa bersalah apabila membiarkan isteri hanya makan 5 ketul keropok lekor bersama air kosong.

Difahamkan, rumah mereka tidak mempunyai air yang cukup untuk memasak, jadinya si isteri pasti berharap agak suami membeli sesuatu. Namun, suami hanya berkata bahawa dia mahu wanita itu rasa bagaimana hidup susah seperti yang pernah dilalui oleh keluarganya.

Katanya, keluarga suami pernah tidak makan selama 3 hari berturut-turut, jadi dia mahu mengajar wanita berkenaan dengan cara seperti itu dan wanita itu turut berkata, dia tidak tahu sama ada keesokan harinya dia dapat makan ataupun tidak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa geram apabila membaca hantaran terbabit dan menasihati wanita lain yang belum berkahwin untuk fikir secara mendalam sebelum menikahi seseorang.

Komen twitter

Sultan Selangor beli lukisan
2 years ago

"Siapa Si 'Katak' Tu? "- Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud 'Mendalam', Netizen Jadi Teruja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...