Apabila kita sudah mendirikan rumah tangga, pasangan suami isteri wajib memahami serta menjalankan tanggungjawab masing-masing dan sama sekali tidak boleh mengendahkannya.
Akan tetapi, seorang wanita telah berkongsikan kisahnya dia halaman Facebook mengenai ‘perangai’ suaminya, lalu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di Twitter yang merasakan perkara yang dilakukan sama sekali salah.
Pilihan di tangan sendiri. Kalau masih mahu menjadi bodoh, teruskan saja. Bodoh tu kan percuma. pic.twitter.com/oIO2hBsiuA
— Sesungguhnya Alan Puasa (@IniAlalalannn) April 11, 2022
Melalui ‘screenshot’ perkongsiaan wanita itu, dia memberitahu suaminya seakan-akan lupa tentang tanggunjawabnya sebagai ketua keluarga kerana langsung tiada rasa bersalah apabila membiarkan isteri hanya makan 5 ketul keropok lekor bersama air kosong.
Difahamkan, rumah mereka tidak mempunyai air yang cukup untuk memasak, jadinya si isteri pasti berharap agak suami membeli sesuatu. Namun, suami hanya berkata bahawa dia mahu wanita itu rasa bagaimana hidup susah seperti yang pernah dilalui oleh keluarganya.
Katanya, keluarga suami pernah tidak makan selama 3 hari berturut-turut, jadi dia mahu mengajar wanita berkenaan dengan cara seperti itu dan wanita itu turut berkata, dia tidak tahu sama ada keesokan harinya dia dapat makan ataupun tidak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa geram apabila membaca hantaran terbabit dan menasihati wanita lain yang belum berkahwin untuk fikir secara mendalam sebelum menikahi seseorang.