“Sebab Tak Pakai Smiggle..” – Ibu Bapa Rungsing Anak Kena ‘Pulau’ Gara-Gara Pakai Barang Tak ‘Branded’

Kehidupan

“Sebab Tak Pakai Smiggle..” – Ibu Bapa Rungsing Anak Kena ‘Pulau’ Gara-Gara Pakai Barang Tak ‘Branded’

Seolah menjadi topik tahunan apabila masuk sahaja sesi persekolahan yang baru, ibu bapa di luar sana akan disajikan dengan cerita-cerita mengenai pelajar ‘didiskriminasi’ kerana tidak memakai barang berjenama atau ‘branded’.

Dan sudah pasti akan ada ‘posting’ ibu bapa menceritakan perihal anak-anak mereka tidak didekati kawan-kawan baru gara-gara memakai peralatan sekolah yang murah dan tidak berjenama.

Advertisement

Semalam, ada sebuah hantaran di Twitter di mana individu itu  telah membuka satu topik perbincangan dalam kalangan netizen mengenai cara untuk menyelesaikan isu-isu diskriminasi di sekolah seperti itu.

beg jenama smiggleSumber : Twitter  

Apa penyelesaian kes macam ni ya? Pada aku jangan tekankan nama brand barangan kat anak sangat. Jangan disebut-sebut nama brand tu. Cukup sekadar sebut beg pink je.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan kerisauan berhubung isu yang sama di mana budaya menyebut jenama barangan dan membanding-bandingkan ini sebenarnya sudah diajar sejak kanak-kanak itu masih kecil.

Beg smiggleSumber : Google  

Ianya datang daripada ibu bapa itu sendiri. Anak ni lagi-lagi yang masih kecil tak tahu pun pasal jenama. Sedih apabila ianya terjadi pada budak yang tak mampu.

Cadang netizen lagi, ibu bapa haruslah berhenti membelikan barang mewah ketika anak-anak masih kecil dan hanya membelinya ketika anak-anak sudah mula menghargai barang kepunyaan masing-masing.

batal air sembahyang
2 years ago

'Meliuk-Lentuk' Malu Disentuh Suami Lepas Akad Nikah, Ustazah Sharifah Kirim Teguran 'Sayang' Buat Pengantin Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...