‘Meliuk-Lentuk’ Malu Disentuh Suami Lepas Akad Nikah, Ustazah Sharifah Kirim Teguran ‘Sayang’ Buat Pengantin Baru

Kehidupan

‘Meliuk-Lentuk’ Malu Disentuh Suami Lepas Akad Nikah, Ustazah Sharifah Kirim Teguran ‘Sayang’ Buat Pengantin Baru

Musim cuti sekolah yang lalu pastinya ramai pasangan mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang.

Berikutan itu, banyak juga video-video yang memaparkan pasangan pengantin seperti ‘malu-malu’ kucing tatkala pertama kali bersentuhan ketika sesi batal air sembahyang.

Advertisement
nikahSumber : Google  

Sehubungan itu, ramai juga yang memuji pasangan pengantin sangat menjaga batas ketika masih bujang sehingga terlihat ‘kaku’ ketika bersentuhan dengan pasangan sendiri.

Namun, perkara itu telah mendapat perhatian seorang ustazah iaitu Sharifah Zahidah Syed Noh yang berpendapat bahawa sesetengahnya mungkin telah meletakkan pengantin dalam situasi yang memalukan.

Menulis panjang lebar di Facebook, Ustazah Sharifah berkata video-video seperti ‘menggeletar’, main tarik tangan dan cubit-cubit antara pasangan tidaklah perlu ditayangkan kepada umum.

Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk-lintuk badannnya ke kiri dan ke kanan. Sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.

Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan Alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang diselangi dengan usikan lucah dan memalukan.

Katanya lagi, wanita muslimah yang bersikap pemalu pastinya tidak akan membiarkan dia menjadi bahan usikan orang ramai.

Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar menasihati anak masing-masing agar tidak terjerumus ke kancah melalaikan seperti itu.

“Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.” katanya lagi.

tiktok bapa tutup mata anak
2 years ago

(VIDEO) 'Dugaan' Lalu Kedai Mainan, Bapa Ini Kongsi 'Tips' Agar Duit Jimat Tak Kena 'Pow'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...