Sedia maklum, beberapa hari yang lepas tular satu ciapan di Twitter yang dibuat oleh inlfluencer terkenal iaitu Azfarheri apabila dia berkongsikan telah dapat satu pek besar kacang masin yang dihadiakan dalam pesawat oleh pramugari Malaysia Airlines (MAS).
Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus???? pic.twitter.com/M0zuacQ0EG
— Azfar Heri ?? (@Azfarheri) August 29, 2022
Susulan perkongsiaan yang dilakukan itu, ramai warganet berasa tidak puas hati dengan hadiah yang diterima oleh Azfar Heri kerana untuk orang biasa, pramugari tidak akan memberikan apa-apa pun.
Bukan hanya netizen, Zarul Umbrella yang merupakan bekas pramugara MAS juga berkata jika mengikut SOP, seorang penumpang hanya dapat satu pek kacang saja.
Semalam, tular pula satu ciapan mendakwa pramugari MAS yang memberi influencer terbabit sekampit kacang itu telah berdepan dengan tindakan tatatertib dan berkemungkinan akan dibuang kerana langgar etika bekerja.
Bukan itu saja, kerana tular ciapan yang dilakukan oleh Azfar Heri mengenai hadiah yang diterima, kini ramai penumpang yang menaiki pesawat tersebut meminta kacang sebanyak itu dan seandainya tidak dapat, mereka akan pertikai.
Melihat reaksi netizen mengenai hal terbabit, kebanyakkannya menyalahkan tindakan Azfar Heri kerana disebabkan dia kerjaya seseorang terjejas.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.