“‘Seat’ Sebelah Kosong Kan” – Tular Video Riba & Peluk Wanita, Coki Bagi Penjelasan Tapi Disindir Netizen

Trending

“‘Seat’ Sebelah Kosong Kan” – Tular Video Riba & Peluk Wanita, Coki Bagi Penjelasan Tapi Disindir Netizen

Sejak semalam nama personaliti media sosial, Coki hangat menjadi bualan netizen di media sosial selepas satu video tular menunjukkan dia meriba dan memeluk seorang wanita di dalam sebuah kereta.

Menerusi video itu dia dilihat memeluk pinggang dan seperti meletakkan mukanya di dada wanita tersebut sedangkan ada ruang untuk wanita tersebut duduk di sebelahnya.

Advertisement

Rakaman itu menimbulkan rasa kurang senang dan membuatkan netizen mengkritik Coki serta turut melabelnya ‘culture shock’.

Menyedari namanya sedang menjadi bualan hangat, Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu ‘live’.

Kata remaja berusia 17 tahun itu, dia dan wanita tersebut tiada sebarang hubungan istimewa seperti yang difikirkan ramai netizen.

Jelasnya, dia tidak mencium wanita itu sebaliknya ia nampak sebegitu kerana ‘angle’ kamera ketika video tersebut dirakam.

Kalau perasan dalam video tu, dia duduk atas paha saya. Sebab apa, kami parking tepi jalan dekat Menara U banyak kereta dan kami double park.

Kata Coki, ketika itu dia dan yang lain sedang menunggu kereta yang akan menjemput mereka dan keadaan menjadi kelam kabut apabila kereta yang dihalang hon mereka kerana double park.

Jadi, semua masuk dalam kereta. Kalau perasan dalam video itu, ada kawan saya baju putih dah keluar kereta, waktu itu memang semua orang dah keluar kereta. Dia pun dah bangun dari paha saya. hanya duduk dalam 1 hingga 4 saat saja. Serius tak lama.”

Coki turut memohon maaf dan berkata dia sudah meminta maaf kepada keluarganya serta semua individu yang terlibat dalam isu ini.

Penjelasan Coki bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan ramai yang menyindirnya kerana tempat duduk di sebelahnya kosong ketika itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mentang-Mentang Influencer.." - Azfar Heri Dapat Banyak Kacang 'Free', Netizen Kata Pramugari MAS Pilih Kasih?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...