Selepas mendirikan rumah tangga, pelakon kelahiran Pulau Pinang, Faezah Elai dilihat lebih fokus kepada bisnes dan keluarga. Walaupun jarang tampil di kaca televisyen namun dia sebenarnya aktif mempromosikan perniagaan di media sosial.
Terbaru, Faezah Elai menegur individu yang berkongsi aib pasangan di kepada umum. Menurutnya, di dalam kehidupan berumahtangga, pahit dan manis adalah perkara biasa. Seseorang hendaklah menangani isu dengan baik supaya tidak memberi kesan buruk kepada anak-anak kelak.
Kawin ni nk habaq mai kt ampa, bukan mcm cerita korea yg ampa dok layan kt neplix tu dok salanghae. Kawin ni kadang2 happy, kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk..klu mai yg hat qibut taupan,1 tmn perumahan boleh dengaq. Haaa tu blom masuk watak2 extra,mentua,satgi ipaq,mai pulak biraih seropa haram jadah dok jd tukang cucuk.. Ada jugak yg dpt laki tetiba gila betina.
Dlm rumahtangga ni mmg akan ada ujian and ujian kita tk sama.. Terok mana pon ujian,sejahanam mana pon pasangan kita ,se-pelaq mana pon perangai depa,jgn dicanang dlm socmed,buka aib laki/bini sama mcm buka aib sendiri.. Klu kata dh kamjad sgt laki hg,tk tau nk luah kt sapa,ya lah satgi tk luah gila pulak,pi pejabat agama,pejabat agama ni bukan tempat nikah ceqai ja ampa ooii.. klu rasa nk kena cerita jugak,luah kt mak pak,adik,mentua atau sapa2 lah yg dekat dgn kita.. Bila canang kt socmed akan buat hg nampak lg pathetic and bg ruang utk laki hg carik salah..
Menurutnya, mendedahkan aib pasangan di media sosial adalah satu idea yang buruk. Ini kerana dengan teknologi yang ada, anak boleh mencarinya di Google Search apabila meningkat dewasa.
Bini ni,especially yg tk qerja,depa ada laki ngan anak2 ja,bila laki buat hal lepaih dh bg bulan bintang,mmg mintak kaki lah..
Tp canang kt socmed is a bad idea. Tgklah muka anak2 pandang dlm2,semua mak nk anak2 jd soleh/solehah..Jgn ajaq anak benci bapak sendiri.. ajaq anak ttg kasih syg ttg hormat pada org tua..sampai masa depa akan paham.. tp klu dh dipukui canang busuk pak dia,sampai besaq dia akan tau..google semua benda keluaq.. kwn2 sekolah pon tau,kesian anak2..Klu dh dok mkn hati sampai mkn diri elok lepaihkan diri. Sbb tu org kata Divorce isn’t a tragedy. A real tragedy’s staying in unhappy marriage and teaching ur children the wrong thing about love.. nobody ever died of divorce. As much as u want ur kids to be happy,same goes to ur parents,they want u to be happy bukan dok menangis tepi bucu katey..
P/S : Self reminder jugak,bukan nk tunjuk pandai sekadar berkongsi cause my husband failed in his first marriage and now both of them happy with their lives.. Hurmm i think my husband is happy la kot.. tk happy ku pecah cermin kereta dia!!
#selfreminder #marriagelife #feelingblessed #alhamdulillah #lovelovelove #faezahelai
Katanya lagi, apabila rumahtangga tidak dapat diselamatkan, penceraian adalah jalan yang terbaik. Tiada guna berada dalam perhubungan seandainya diri tidak bahagia. Jika memerlukan tempat meluah isi hati, seeloknya individu menceritakan kepada keluarga terdekat untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu.