Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa kesal terhadap mentaliti sesetengah individu di luar sana yang memandang serong terhadap status ibu tiri.
Faezah yang juga memelihara tiga orang anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya, Heykal Hanifah, turut merasakan bahawa semua ibu tiri mempunyai taraf dan layak mendapat penghormatan seperti ibu kandung.
Advertisement
Dia meluahkan rasa kesal melalui coretan hati panjang lebar menerusi ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.’
“Menjadi seorang ibu tiri bukanlah kerja mudah. Sering disalah anggap oleh masyarakat dan tugas mereka ini hanya dihargai oleh segelintir sahaja. Kalau sesuatu terjadi terhadap anak tiri, ibu tiri akan disalahkan. Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni. Sekarang bukan zaman Cinderella mak tiri buat aniaya kat anak tiri,”
Advertisement
Pemilik nama Nor Faezah Md Elai,37, ini walau bagaimanapun berkata coretan hatinya sama sekali tidak berkisar mengenai apa yang terjadi dalam hidupnya kini.
Tambahnya lagi, dia masih menghormati akan kehadiran ibu kandung kepada anak-anak tirinya itu dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara yang tidak baik supaya tidak menimbulkan masalah.
Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi itu juga turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak tiri agar tidak menanam perasaan benci dalam diri anak-anak yang dijaga mereka.
“Ibu tiri berhak dapat penghormatan yang sama seperti ibu kandung. Mereka bagi seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang mereka tidak kandungkan. Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”
Mengimbas kembali, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal pada September 2011 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna,7, dan Aurora Heyrinna yang kini berusia 4 tahun.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.