“Screen Time Adegan Merokok Keterlaluan” – Drama Projek: High Council Ditegur Public Health Malaysia

Hiburan

“Screen Time Adegan Merokok Keterlaluan” – Drama Projek: High Council Ditegur Public Health Malaysia

Seperti diketahui ramai, drama bersiri Projek: High Council mendapat sambutan yang cukup hebat daripada kalangan penonton dan ramai merasakan banyak perkara yang boleh diambil sebagai ikhtibar.

Biarpun drama tersebut membongkar kisah gelap wujudnya gengsterisme dalam kalangan pelajar, Public Health Malaysia berpendapat drama ini terlalu banyak adegan merokok serta keterlaluan.

Advertisement

Pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara TERBUKA seperti dalam drama ini. Screen time adegan merokok terlalu banyak & keterlaluan.

Dalam pada masa yang sama, PHM turut persoalkan pihak produksi jika adanya ‘tangan ghaib’ yang meminta produksi kerap memasukkan adegan merokok di dalam drama digilai ramai itu.

Pihak PHM merasakan teguran ini adalah sebagai tanggungjawab mereka untuk memberi kesedaran mengenai isu ini kepada produksi dan masyarakat.

Malah, PHM juga meminta untuk pihak produksi berhenti dari mempromosikan merokok dalam filem ataupun drama dan elak dari mengambil dana daripada syarikat rokok.

1 year ago

"Dia Bisik 'Aku Sang*p Ni', Lepastu..."- Tular Babak Projek High Council, Ramai Lelaki Dedah Pernah 'Kena' Dengan Senior Di Asrama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...