“Dia Bisik ‘Aku Sang*p Ni’, Lepastu…”- Tular Babak Projek High Council, Ramai Lelaki Dedah Pernah ‘Kena’ Dengan Senior Di Asrama

Kehidupan

“Dia Bisik ‘Aku Sang*p Ni’, Lepastu…”- Tular Babak Projek High Council, Ramai Lelaki Dedah Pernah ‘Kena’ Dengan Senior Di Asrama

Drama Projek High Council trending setiap minggu sejak mula ditayangkan  apatah lagi ia dikatakan diambil daripada kisah sebenar sebuah sekolah berasrama penuh popular.

Ramai berpendapat kes buli dipaparkan di dalam siri itu memang relatable malah ada yang mendedahkan bahawa sexual assault juga turut berlaku di kebanyakan sekolah.

Advertisement

Babak seorang pelajar yang menerima serangan seksual daripada senior menerusi drama itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

Warganet membicarakan tentang tentang budaya ragging dan seniority di kebanyakan sekolah lelaki tidak kiralah asrama penuh atau asrama biasa.

Menerusi thread Twitter itu, ramai yang membuka cerita dan pengalaman mereka diserang secara seksual oleh pelajar senior mereka di asrama.

Rata-ratanya masih trauma sehingga kini dan ada yang turut mengakui mereka merahsiakan perkara tersebut daripada ibu bapa sehingga ke hari ini.

Malah, lelaki yang memuat naik video itu juga pernah berkongsi tentang pengalamannya dirogol oleh pelajar lelaki senior di asrama sewaktu berusia 15 tahun dahulu.

Cerita ini secara tidak langsung membuka mata ramai orang dan sedar bahawa kes serangan seksual bukan hanya berlaku kepada perempuan tetapi juga lelaki.

1 year ago

Netizen Geli Baca Komen Ramai Gadis 'Feeling' Nadhir Nasar Teman Lelaki, Siap Panggil 'Ayang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...