Netizen Geli Baca Komen Ramai Gadis ‘Feeling’ Nadhir Nasar Teman Lelaki, Siap Panggil ‘Ayang’

Hiburan

Netizen Geli Baca Komen Ramai Gadis ‘Feeling’ Nadhir Nasar Teman Lelaki, Siap Panggil ‘Ayang’

Zaman sekarang ni, bukan perempuan sahaja yang menjadi mangsa komen-komen tidak menyenangkan daripada lelaki di platform media sosial.

Sebaliknya kaum Adam juga tidak terlepas daripada menerima komen daripada wanita yang gatal malah sesetengah turut mendapat komen yang berbaur seksual terutamanya public figure.

Advertisement

1 year ago

"Kiranya Aliff Kuat Jugak Iman Dia" - Gambar Sophia Albarakbah Tunggang Kuda Dipenuhi Komen 'Nakal'

Pelakon Nadhir Nasar baru-baru ini menerusi Twitter meminta agar peminat tidak sebarkan mana-mana episod drama lakonannya, Projek High Council yang belum ditayangkan.

Difahamkan, terdapat episod yang sudah dibocorkan di aplikasi TikTok dan disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sesetengah peminat wanita membalas tweet Nadhir itu dengan komen-komen kurang enak seperti memanggilnya dengan panggil ‘ayang’ dan ‘baby’.

Untuk ayang semua boleh.”

Rata-rata netizen berpendapat ia sepatutnya tidak berlaku kerana melebih-lebih sehingga membayangkan seseorang artis itu adalah kekasih mereka.

Ada yang berkata ia pasti akan kecoh jika perkara yang sama berlaku kepada pelakon wanita yang menerima komen ‘nakal’ daripada peminat lelaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...