Seperti diketahui ramai, drama bersiri Projek: High Council mendapat sambutan yang cukup hebat daripada kalangan penonton dan ramai merasakan banyak perkara yang boleh diambil sebagai ikhtibar.
Biarpun drama tersebut membongkar kisah gelap wujudnya gengsterisme dalam kalangan pelajar, Public Health Malaysia berpendapat drama ini terlalu banyak adegan merokok serta keterlaluan.
Pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara TERBUKA seperti dalam drama ini. Screen time adegan merokok terlalu banyak & keterlaluan.
Projek: High Council (2023)
1. Ramai yang memberi review positif untuk siri Project High Council yang ditayangkan Astro sejak 14 Jan 2023 sehingga 18 Mac 2023
2. Sinopsis: Kisah mengenai sisi gelap Sekolah Berasrama Penuh, KUDRAT & konflik melibatkan 2 beradik yang..
Thread. pic.twitter.com/8JWOazNQUc
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) March 19, 2023
Dalam pada masa yang sama, PHM turut persoalkan pihak produksi jika adanya ‘tangan ghaib’ yang meminta produksi kerap memasukkan adegan merokok di dalam drama digilai ramai itu.
Pihak PHM merasakan teguran ini adalah sebagai tanggungjawab mereka untuk memberi kesedaran mengenai isu ini kepada produksi dan masyarakat.
Malah, PHM juga meminta untuk pihak produksi berhenti dari mempromosikan merokok dalam filem ataupun drama dan elak dari mengambil dana daripada syarikat rokok.