‘Scammer’ Tipu Duit Pelanggan, Fazura Minta Penipu Pulangkan Wang Kepada Pembeli

Hiburan

‘Scammer’ Tipu Duit Pelanggan, Fazura Minta Penipu Pulangkan Wang Kepada Pembeli

Pelakon jelita, Fazura tampil memberi amaran dan meminta individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan produknya untuk kegiatan menipu orang awam agar memulangkan semula wang pembeli tudung jenamanya itu.

Nur Fazura
3 years ago

Tak Layan Komen Negatif, Nur Fazura Pilih Untuk Memaafkan 'Haters'

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan isteri kepada pelakon Fattah Amin ini di Instagram Story miliknya hari ini dan turut memaklumkan modus operandi penipu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Ujarnya lagi, individu tersebut telah menjalankan kegiatan penipuan itu sejak beberapa bulan lalu namun semakin menjadi-jadi semenjak pelancaran tudung jenama Fazura beberapa hari yang lalu.

Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok. Kemudian, dia minta pembeli membayar dan menyekat nombor semua pelanggan yang sudah membuat pembayaran.

Kesal dengan tindakan itu, Fazura meminta pelaku tersebut bertaubat dan memulangkan kembali kesemua duit pembeli yang dianiaya.

IG FazuraSumber : Instagram Nur Fazura  
IG FazuraSumber : Instagram Nur Fazura  

Fazura juga turut memaparkan foto pelaku berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut adalah wajah sebenar individu tersebut atau sebaliknya.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semua duit pelanggan dan ejen-ejen saya.” rayu Fazura lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...