“Sayu Tengok..” – Tertidur Dalam Longkang, Budak Jual Mangga Tepi Jalan Bikin Sebak

Kehidupan

“Sayu Tengok..” – Tertidur Dalam Longkang, Budak Jual Mangga Tepi Jalan Bikin Sebak

Viral di aplikasi TikTok baru-baru ini mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Deyla Habib yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat gigih mencari rezeki di tepi jalan di sekitar kawasan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Advertisement

Malah, apa yang lebih membuatkan orang ramai sebak apabila melihat kanak-kanak itu menjual buah mangga di dalam keadaan hujan sehingga tertidur memegang payung di dalam longkang.

Sayu tengok adik ni masa cod barang… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga.

@deylahabib94

Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage

? Ambient-style emotional piano – MoppySound

Sehingga ini, perkongsian video itu telah meraih 5.4M tontonan, 122.5K tanda suka, dan 2.3K komen di aplikasi TikTok.

Difahamkan, pemilik video berkenaan turut kembali ke lokasi sama bagi memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu.

Selain itu, dia juga sempat bertemu dengan rakan-rakan serta abang kanak-kanak tersebut yang juga sedang menjual mangga.

@deylahabib94

Replying to @oloblob jumpa suda adik tuu.. Stelah mncarii dkt sejam? #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba

? Ambient-style emotional piano – MoppySound

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak melihat keadaan kanak-kanak itu yang gigih membantu keluarga di awal usia dan ada juga segelintir netizen yang berbaik hati untuk memberi sumbangan kepada mereka.

Kenapa duduk dekat longkang bahaya… kesian adik ni – Netizen.

Terima kasih puan sudah cukup baik membantu kerana video ini mungkin ada insan-insan baik datang menghulur bantuan kewangan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Tular Video Mangsa MH370 Kini Bekerja Di Diego Garcia, Ini Penjelasan Anak Mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...