Tular Video Mangsa MH370 Kini Bekerja Di Diego Garcia, Ini Penjelasan Anak Mangsa

Kehidupan

Tular Video Mangsa MH370 Kini Bekerja Di Diego Garcia, Ini Penjelasan Anak Mangsa

Baru-baru ini, kecoh di media sosial Facebook mengenai beberapa hantaran oleh AFN Diego Garcia memaparkan penduduk dan pekerja di sana yang menjadi tumpuan orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, penduduk dan pekerja di Diego Garcia dikatakan mempunyai wajah yang sangat mirip dengan mangsa-mangsa MH370.

Advertisement

Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila bukan hanya seorang dua tetapi hampir kesemua hantaran gambar yang memaparkan penduduk di situ mempunyai iras wajah mangsa-mangsa.

Susulan itu, timbul pelbagai teori yang mengaitkan penduduk Diego Garcia dengan mangsa MH370 sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tampil menjelaskan kekecohan yang berlaku, anak kepada Ketua Pramugara MH370 iaitu Mira Elizabeth Nari memaklumkan gambar yang tular di media sosial itu sememangnya bukan ayahnya.

Telah sampai ke perhatian saya bahawa orang ini dikatakan bapa saya atau kelihatan seperti bapa saya. Saya hanya mahu menjelaskan bahawa dia bukan bapa saya.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Mira turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang masih prihatin terhadap keadaan ayahnya, Andrew Nari walaupun sudah beberapa tahun insiden itu berlaku.

Bagaimanpun, anak kepada Ketua Pramugara itu meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menjaga hati serta sensitiviti ahli keluarga mangsa MH370.

Gunakan logik sebelum nak buat semua teori ni. Sebelum nak tinggalkan komen, tolong fikirkan perasaan ahli keluarga mangsa juga, terima kasih.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang bomba
3 bulan lalu

"Wow N*nen!" - Video Abang Bomba Penuh Komen Wanita 'Gatal', Netizen Rasa Tak Selesa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...