Perkongsian terbaharu anak bongsu kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha Hakim kembali mencuri perhatian warganet.
Menerusi hantaran di TikTok, Maria dilihat menyertai trend yang sedang tular di platform tersebut dengan berkongsi beberapa foto adik-beradiknya ketika mereka masih kecil.
Menariknya, perkongsian itu menggunakan lagu terbaharu penyanyi terkenal Olivia Rodrigo berjudul Honeybee, sekali gus menambahkan lagi sisi emosi pada hantaran berkenaan.

Antara lirik yang digunakan Maria ialah:
In the dark, I am not scared.
I just reach and you are right there.
Menerusi perkongsian tersebut, Maria menggambarkan adik-beradiknya sebagai individu yang menjadi tempat untuk dirinya bersandar.
Malah, mereka juga dianggap sebagai ruang selamat buat Maria ketika melalui apa sahaja keadaan.

Perkongsian berkenaan kemudian menarik perhatian ramai apabila netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.
Sebahagian warganet turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Maria, selain menyifatkan hubungan rapat bersama adik-beradik sebagai sesuatu yang cukup bermakna.
Hantaran itu juga hadir selepas Maria sebelum ini pernah mencuri perhatian menerusi perkongsian berkaitan luahan hati mengenai perkara yang disimpan dalam dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
