Saya Tidak Tahu Amar Serius Nak Jadikan Saya Teman Hidupnya – Amyra Rosli

Hiburan

Saya Tidak Tahu Amar Serius Nak Jadikan Saya Teman Hidupnya – Amyra Rosli

Hari Jumaat ini merupakan detik penuh bermakna buat Amar Baharin dan Amyra Rosli kerana mereka bakal mengikat tali pertunangan sebelum bernikah pada 11 November depan.

Advertisement

Berbicara mengenai hari bahagia beliau, Amyra akui beliau tidak pernah tahu bahawa Amar sebenarnya serius ingin menjadikan beliau pasangan hidupnya.  Amyra sebenarnya cukup terharu dengan cara Amar mencuri hatinya.

Sebenarnya saya tak tahu Amar serius nak jadikan saya pasangan hidupnya, bagi saya ‘action speaks louder than words’. Antara perkara yang Amar lakukan untuk menunjukkan minatnya terhadap saya ialah dengan cara Amar yang matang dalam menjaga saya dan keluarga.

Saya sangat suka melihat dengan cara pengurusan hidup Amar, sangat matang, terlebih lagi soal perhubungan. Malah, Amar juga mahu agar saya selalu disampingnya termasuklah dari segi apapun.

Buat Amar pula, keikhlasan hati Amyra merupakan kekuatan cinta mereka berdua dan akhirya takdir membawa hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Itu semua sudah tertulis, hidayah dari Allah untuk saya dijodohkan dengan Amyra, mungkin pernah rapat dengan orang lain, tapi alhamdulillah Allah dekatkan hati kami, hasil keikhlasan doa kami bersama.

Saya tidak ada spesifik ciri yang saya nantikan daripada seorang wanita, namun keikhlasan perilaku Amyra dan cinta kami saya merasakan sangat kuat serta dialah orang yang paling istimewa.

Amar Baharin dan Amyra Rosli boleh dikatakan pasangan yang agak sweet dan sepadan bukan? Harapnya, kebahagiaan mereka berdua akan kekal selama-lamanya. Tidak sabar pula hendak lihat mereka bersanding atas pelamin.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...