July 19th, 2016

Setelah beberapa lama menyembunyikan status sebenar hubungan mereka, Amar Baharin dan Amyra Rosli akhirnya mengumumkan mereka bakal berkahwin tidak lama lagi.

Berita perkahwinan mereka itu nyata mengejutkan ramai pihak apatah lagi Amar dan Amyra sering menafikan hubungan mereka.

Jelas Amar, beliau sebelum ini tidak berterus-terang dengan peminat kerana bimbang jika percintaan mereka tidak kesampaian serta ingin mengelakkan sesuatu perkara berlaku sebelum menetapkan tarikh perkahwinannya bersama Amyra.

Saya tidak mahu menjaja cerita tentang cinta kerana takut jika hubungan itu terputus perlu diberitahu kepada media juga. Saya ambil keputusan untuk dedahkan ia selepas tarikh perkahwinan sudah ditetapkan dan pasti.

Berbicara mengenai percintaan mereka, Amar memberitahu beliau pertama kali jatuh cinta dengan Amyra sewaktu mereka sama-sama berlakon didalam drama Suamiku Encik Sotong sekitar setahun yang lalu. Mereka berdua menjadi rapat dan cukup selesa bersama.

Kami mula rapat apabila sering bersama iaitu ketika berlakon dalam drama Suamiku Encik Sotong. Selepas itu kami memang rapat dan selesa bersama sehingga saya beritahu ibunya untuk menghantar rombongan merisik.

Secara jujur Amyra seorang wanita paling istimewa daripada ramai-ramai wanita yang saya kenal sebelum ini.

Buat Amyra pula, beliau menyifatkan Amar seorang lelaki yang cukup matang dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

Malah, Amyra juga tidak kisah untuk berkahwin pada usia yang agak muda kerana  apa yang penting ialah beliau harus pandai menguruskan suami dan harus bersikap lebih matang.

Ya, Amar memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya dan dia serius dalam membawa hubungan kami ini ke peringkat yang seterusnya.

Tiada masalah berkahwin dalam usia muda kerana ibu dan mak cik saya juga menamatkan zaman bujang pada umur yang muda. Apa yang penting kita pandai menjaga suami dengan baik.

Mengikat tali pertunangan pada 22 Julai dan bernikah pada 11 November. Majlis raja sehari pasangan ini akan disiarkan secara eksklusif di Astro.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...