Saya Tidak Sekejam Yang Ditonton – Dang Suria

Hiburan

Saya Tidak Sekejam Yang Ditonton – Dang Suria

Lebih 600 komen yang ditulis oleh anda semua mengenai kritikan keras daripada Dang Suria menerusi rancangan On Air baru-baru ini. Dan wartawan Mstar berjaya menghubungi Dang Suria untuk mendapatkan penjelasan mengenai statementnya yang dianggap kejam oleh mereka yang telah menonton episod tersebut.

dang suria

Advertisement

Menurut Dang Suria, dirinya tidaklah sekejam itu namun suntingan yang dilakukan telah menampakkan seolah-olah dia tidak berhati perut.

Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton. Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu

Menurut Dang Suria lagi, dia enggan memberikan harapan palsu kepada peserta uji bakat. Lantaran itulah kritikan yang dikeluarkan agak kejam.

Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.”Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu akikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama. Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran. Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga.

Kata Dang Suria lagi, masyarakat Malaysia mementingkan pandangan mata yang pertama:-

Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat. Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama. Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat.

Patutlah Abang Nara bila nampak Dang Suria hari tue terkeluar kritikan. Pandangan mata pertama Abang Nara terhadapnya memang tak sedap dipandang. Mungkin itu yang anda semua rasakan sebab itu sampai 600 komen dalam entri sebelum ini. Namun Abang Nara respek dengan Dang Suria sebab dia ada ketahanan mental dan buat derk je dengan kata-kata kutukan yang dilemparkan kepadanya. Hebak ~~ Kredit berita Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

343 Comments

  1. Anonymous

    February 25, 2012 at 4:45 pm

    dia x perasan dia salah sbb dia perasan bibir dia cantik, hahahahaha

  2. Perisa ORen

    February 25, 2012 at 1:53 am

    ”Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu akikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama. Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran. Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga” (DS BOTOX 2012)

    well at least bg la peluang tok dorg tok try bakat depa cz ko sendiri ckp depa dtg x berduit n x berupa.paling kurang pengorbanan depa tok datang berhabis duit 2 berbaloi n xda la menyesal sngt. ini tidak ko dah terkam awai2 ngan kritikan tak membina ko 2.hapa punye spesies la ko ni. well ckp sal rupa luaran 2 kan baik ko tgk cermin la dlu sblm ko ckp kat org.kalau ko rs ko cntik sngt ape kejadah botox di bibir 2 makcik oi..kater cantikk..mcm muncung platipus je aku tgk..

  3. boiboiboi

    February 21, 2012 at 8:40 pm

    komen biar membina, bukan menghina.sebelum komen orang hodoh, gemuk tengok diri sendiri..bibir dah macam kena sengat tebuan pun tak boleh nak buat orang nampak kau cantik dang..kau memang tak layak jadi pengacara pun…

  4. Boboi

    February 19, 2012 at 12:27 pm

    At least mintak maaflaaa…. kt orgt yg dia kutuk tu… ini, lngsng tdk…….. ala DS tu skrg ni pun dh tk laku dh….. ade sesape boleh bgitahu aku cite ape yg dia jadik host skrg ni??? tkde daa…. tk laku dh dia…. sbb ape? sbb org dh meluat tgk dia… klu dia jadik host org akan tukar channel lain…. Agak2 dia sedar tk???

  5. june

    February 17, 2012 at 1:05 am

    mulut punya la besar.dia pun tak confident rupa dia tu pasal mulut dia pi botoxkan.pasal dia ingat dia cantik la dia kahwin cerai kahwin cerai..

Loading...