Sejak beberapa bulan yang lalu, pengarah Wes Anderson menjadi tular setelah lagu latar salah satu filemnya yang berjudul The French Dispatch dan sinematografi yang sering digunakan olehnya menjadi trend di TikTok.
Gaya rakaman video Wes Anderson serta latar lagu filemnya sering menjadi pilihan pengguna untuk kandungan di media sosial.
Difahamkan, lagu latar tersebut dicipta oleh Alexandre Desplat dan dia sudah menjadi seseorang yang penting dalam gubahan muzik untuk beberapa filem Wes Anderson.
Biarpun menjadi trending di platform media sosial, tuan empunya badan sendiri mengakui bahawa berasa kurang senang apabila lagu berkenaan diguna oleh orang ramai.
Bahkan, Wes Anderson juga berkata dirinya akan mengelak sebaik mungkin dari melihat video-video yang diinspirasikan olehnya atau dikenali sebagi ‘Wes Anderson Challenge’.
Saya tidak mahu melihatnya dan berfikir, ‘Adakah itu yang saya lakukan? Adakah itu yang saya maksudkan?’.
Kata pengarah itu lagi, alasan enggan melihat challenge tersebut kerana telah hilang makna terbesar dari sudut pandangan filem yang dibuat olehnya.