“Kalaulah Teruna Tu Boleh Nampak, Abang Lah…” – (VIDEO) Wanita ‘Sound’ Trend TikTok Pasal Lelaki Nak Perempuan Ada Dara

Kehidupan

“Kalaulah Teruna Tu Boleh Nampak, Abang Lah…” – (VIDEO) Wanita ‘Sound’ Trend TikTok Pasal Lelaki Nak Perempuan Ada Dara

Baru-baru ini satu trend di TikTok yang menyentuh isu sensitif berkaitan lelaki yang ingin berkahwin dengan perempuan masih dara mencetuskan kemarahan segelintir pihak.

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang TikToker, Tiya Kamal yang memberi komen berkaitan isu tersebut dan menyifatkannya sebagai satu trend yang bodoh.

Advertisement

Tiya turut mempersoalkan bagaimana seorang lelaki boleh mengenal pasti sama ada perempuan itu masih dara ataupun tidak.

Pertama sekali, macam mana abang nak tahu perempuan tu ada dara ke tak? Takkan abang nak tanya kat dia, “sayang, you ada dara tak? Kalau takde I taknak kahwin dengan you

Tambahnya lagi, apakah tindakan kaum lelaki sekiranya mendapat tahu pasangannya tidak mempunyai dara setelah selesai malam pertama.

Lepastu kalau abang dah kahwin dengan dia tanpa tanya dia, lepas abang dah buat malam pertama dengan dia, lepas abang dah test drive dia, dia tiada dara. Lepastu abang nak ceraikan dia?

Dalam pada itu, Tiya turut menerangkan bahawa selaput dara perempuan sangat nipis dan mudah koyak jika seseorang itu suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak serta bukan hanya tertakluk kepada hubungan seks sahaja.

Dara ni, perempuan tu buat aktiviti lasak pun boleh pecah selaput dara. Selaput dara ini sangat nipis dan fragile. Silap-silap kalau abang terajang kat situ pun boleh pecah. Lepastu ada perempuan yang dilahirkan takde dara.

@tiyakamal2

Lepas tuh yg buat trend ni semua muka minta penampaq ?? #foryoupage #fyp #fyp?

? original sound – LuckyBoy – LuckyBoy

Jelas Tiya lagi, sekiranya teruna itu boleh dilihat pasti lelaki juga menerima layanan yang sama seperti wanita.

Kalaulah teruna tu boleh nampak, teruna lelaki ada ke takde, abang lelaki pertama yang kena removed dan kena block.”

Pada hujung video, Tiya sempat mengingatkan kaum lelaki di luar sana berkenaan jodoh yang merupakan cerminan diri dan lelaki sepatutnya membimbing wanita dengan baik walaupun seseorang itu mempunyai kisah silam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

Ismail Izzani
2 years ago

“Dia Ada Agama” - Dituduh Gemar Buat Seks Rambang Hingga Hamilkan Anak Orang, Ibu Tampil ‘Back Up’ Ismail Izzani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...