Saya Tidak Kisah Jika Kena Berlakon Dengan Suami Orang – Anzalna Nasir

Hiburan

Saya Tidak Kisah Jika Kena Berlakon Dengan Suami Orang – Anzalna Nasir

Anzalna Nasir antara pelakon jelita yang ada di Malaysia dan sering mahu mendapatkan hasil yang terbaik dalam lakonannya. Buat Anzalna, beliau sama sekali tidak merasa bimbang untuk berlakon dengan suami orang lain atas etika kerja jika ada sikap saling percaya antara suami isteri.

Advertisement

Saya tiada masalah jika benda itu melibatkan etika dan profesional ketika bekerja. Komitmen itu perlu saya lunaskan jika mahu sesebuah karya itu berhasil. Tidak perlu ada batasan sehingga menyusahkan orang lain. Kalau isteri seseorang pelakon itu faham kehendak watak itu bagaimana, sudah tentu dia tidak akan melarang suaminya berlakon.

Saya seronok bekerja bersama dengan pelakon Hisyam Hamid dalam drama terbaharu lakonan saya berjudul Memori Cinta Suraya. Tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. Apabila isterinya sudah memahami, saya jadi tidak risau.

Sebelum ini, Anzalna pernah terpalit dengan kontroversi dimana beliau dikatakan bermasam muka dengan aktor Izzue Islam selepas beliau harus menjaga perasaan isterinya, Awin Nurin yang merasa cemburu ketika mereka digandingkan bersama dan isteri Izzue turut mendakwa Anzalna terlebih gedik.

Berbicara mengenai hasrat beliau yang ingin berkahwin dengan kekasihnya Hanif Zaki, Anzalna memberitahu beliau mahu menghabiskan dahulu penggambaran drama Memori Cinta Suraya sebanyak 148 episod sebelum membuat memikirkan rencana perkahwinan beliau.

Buat isteri kepada pelakon-pelakon lelaki yang ada di Malaysia, mungkin anda akan merasa sedikit cemburu jika suami anda bergandingan dengan pelakon wanita lain, tetapi tanamkan sifat percaya kepada suami anda dan cuba untuk memahami kerjaya mereka sebagai seorang pelakon. Jangan terlalu mengongkong.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...