February 20th, 2014

Bukan mudah untuk menjadi isteri kepada seorang pelakon. Apabila si suami berlakon dengan wanita lain, lebih-lebih lagi melibatkan babak romantis, kena bersikap profesional untuk tidak cemburu dan bermasam muka. Itu yang Abang Nara respek kepada Awin, isteri Izzue Islam apabila ditanya kebenaran dakwaan dirinya mengongkong lakonan Izzue Islam dengan Anzalna Nasir baru-baru ini.

izzue islam dan isteri

Dikatakan bahawa Izzue dan Anzalna bermasam muka dan dingin di lokasi kerana Awin sentiasa mengawal gerak geri suaminya ketika melakonkan babak romantik untuk drama bersiri Aku Bukan Mistress. Ditanya kebenaran dakwaan ini, Awin berkata menerusi Harian Metro:-

Mana ada cemburu pun. Tak ada bendalah. Semuanya okey. Benda tak betul dan tak timbul. Tak ada apa nak cemburukan pun atau berasa keliru dengan kerja Izzue.

Saya menghormati dan profesional dalam kerjayanya. Saya tergelak bila orang cakap macam-macam. Macam mana nak berlakon kalau bermasam muka?

Drama ini 26 episod dan makan masa berbulan bulan penggambaran. Sekarang sudah nak habis pun. Rasanya semua lancar. Baik Izzue atau Anzalna mereka profesional buat bahagian masing-masing dan tak ada lebih-lebih pun.

izzue

Kalau dah suami pelakon, memang kena bersikap profesional dan matang menangani hal sebegini. Nak buat macam mana kan? Respek kepada Awin kerana memahami kerjaya suaminya. Kalau Abang Nara confirm jeles punya. Balik rumah buat-buat merajuk. Heheh. Nasib baik wife Abang Nara bukan pelakon. Lega sikit hati. Hik!!!

P.S: Kassim Ahmad dan hal-hal Tuhan yang belum selesai


Comments are closed.

Loading...