Walaubagaimanapun, Mira tidak pernah terfikir untuk mengejar cinta mana-mana lelaki kaya ataupun VIP apabila diberikan peluang untuk mengacarakan rancangan tersebut.
Mungkin ada orang selalu fikir apabila jadi pengacara Nona mesti kena ada hubungan dengan VIP. Tapi saya tak terfikir langsung tentang hal itu. Cumanya, nak cakap lebih pun tak boleh sebab soal jodoh kita tak tahu, andai kata tertulis begitu, saya tak boleh nak tolak kerana ia sudah tertulis. Apa yang boleh saya kata, pembabitan saya dalam program ini bukan berniat untuk memburu lelaki kaya atau VIP.
Dalam pada itu, Mira juga sempat berkata beliau sudah bersedia untuk menerima kritikan serta kecaman netizen ketika beliau mengendalikan program tersebut nanti. Kami pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat Mira sebagai pengacara Nona kerana beliau juga mempunyai auranya tersendiri.